PIAGAM PELANGGAN



Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat dan tepat kepada pelanggan yang berurusan dan berusaha berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Bagi maksud ini kami berjanji senantiasa melayani aduan dan membantu mencari penyelesaian masalah pelanggan dalam suasana mesra, adil dan saksama.

A). BAHAGIAN PENTADBIRAN
i) Memproses dan menjawab surat-surat yang diterima dalam tempoh 05 hari bekerja.
ii) Memproses pendaftaran Surat Akuan dan Surat Perjanjian dengan serta-merta.

B). BAHAGIAN PEMBANGUNAN
i) Senantiasa bersedia untuk menerima permohonan Projek Kecil Luar Bandar dalam tempoh 03 hari bekerja.
ii) Membuat pemeriksaan permohonan Projek Kecil Luar Bandar dalam tempoh 03 hari bekerja.
iii) Menyediakan skop kerja dan anggarankos pelaksanaan dalam tempoh 03 hari bekerja.
iv) Menjawab surat permohonan Projek Kecil Luar Bandar dalam tempoh 02 hari bekerja selepas penyenaraian, pemeriksaan dan penyediaan skop dan anggaran kos pelaksanaan kerja siap dibuat.

C). BAHAGIAN PELESENAN
i) Senantiasa memastikan bahawa borang permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan tersedia untuk dijual.
ii) Senantiasa bersedia untuk menerima borang permoho- nan dan pembaharuan lesen berniaga.
iii) Memproses borang permohonan baru dan pembaharuan (yang lengkap sahaja) dengan serta merta.

D). BAHAGIAN AKAUN
i) Menyediakan Perintah Kerja Am (PKA) dan Arahan Pembelian Tempatan (LPO) dalam tempoh 02 hari bekerja.
ii) Memproses pembayaran tuntutan invois/bil dalamtempoh 03 hari bekerja.
iii) Memproses tuntutan elaun perjalanan kakitangandalam tempoh 03 hari selepas diterima.